Kalam ini ditulis bukanlah bermakna diri ini bebas dari dosa dan noda dunia
Tetapi sekadar
perkongsian buat insan bernama insan ..
kadang-kadang kita sering mempertikaikan..mengapa
begitu..kenapa tidak begini..
sedangkan kita lupa bahawa kita punya Pengadil yang mengadili setiap gerak geri langkah seharian kita,,
tanpa ada sebarang kecuaian mahupun kesalahan..
bahkan Dialah yang mengatur segalanya dengan sempurna
tanpa
cacat celanya
kita sering mempertikaikan DIA yang mengatur ujian untuk
kita
tanpa kita sedar bahawa Dia jugalah yang menulis hikmah
terindah buat hambaNya..
dalam pada kita melangkah..
ada kala mungkin kita terasa payah..terasa goyah untuk
memapah
kerana apa?
Kerana kita rasa segala kudrat ini
datangnya dari diri yang
maha pelupa..
Kita lupa untuk mengadu padaNya..
kita lupa untuk bertaut pada harapan kurniaanNya
Sedangkan Dia sangat rindukan rintihan dari hambaNYA..
Bukan bermakna untuk mencela
tetapi sekadar peringatan..
bahawa Dia sentiasa ada untuk kita..
namun ketahuilah..
Dia tidak akan pernah
meninggalkan hambaNya yang ingin
kembali pada cintaNya..
Memetik kata-kata
pujangga:
Bilamana Allah mengujimu bukan bermakna ingin
menghancurkanmu..
Bila Dia merampas kembali sesuatu dari tanganmu,
Adalah kerana Dia ingin mengosongkan genggamanmu untuk
sesuatu
yang lebih baik untukmu..
Percayalah..
itulah aturan terindah HAMBA-NYA..
Dari Pencipta untuk pencintaNya… =D