Friday, June 28, 2013

dari Pencipta untuk pencintaNya





Kalam ini ditulis bukanlah bermakna diri ini bebas dari dosa dan noda dunia

Tetapi sekadar  perkongsian buat insan bernama insan ..

kadang-kadang kita sering mempertikaikan..mengapa begitu..kenapa tidak begini..

sedangkan kita lupa bahawa kita punya Pengadil yang mengadili setiap gerak geri langkah seharian kita,,

tanpa ada sebarang kecuaian mahupun kesalahan..

bahkan Dialah yang mengatur segalanya dengan sempurna 
tanpa cacat celanya




kita sering mempertikaikan DIA yang mengatur ujian untuk kita

tanpa kita sedar bahawa Dia jugalah yang menulis hikmah terindah buat hambaNya..

dalam pada kita melangkah..

ada kala mungkin kita terasa payah..terasa goyah untuk memapah

kerana apa?

Kerana kita rasa segala kudrat ini 

datangnya dari diri yang maha pelupa..

Kita lupa untuk mengadu padaNya..

kita lupa untuk bertaut pada harapan kurniaanNya

Sedangkan Dia sangat rindukan rintihan dari hambaNYA..



Bukan bermakna untuk mencela

tetapi sekadar peringatan.. 

bahawa Dia sentiasa ada untuk kita..

meskipun acapkali kita melupakanNya..

menzaliminya saat diri dalam bahagia..

mengsangsikanNya saat diri tiada apa..

namun ketahuilah..

Dia tidak akan pernah  meninggalkan hambaNya yang ingin  

kembali pada cintaNya..

Memetik kata-kata  pujangga:

Bilamana Allah mengujimu bukan bermakna ingin menghancurkanmu..

Bila Dia merampas kembali sesuatu dari tanganmu,

Adalah kerana Dia ingin mengosongkan genggamanmu untuk sesuatu 

yang lebih baik untukmu..

Percayalah.. 

itulah aturan terindah HAMBA-NYA..

Dari Pencipta untuk pencintaNya… =D



No comments:

Post a Comment