Tiada benda yang lebih berat di dunia ini melainkan amanah dan
tanggungjawab..
kadang2 aku terfikir..susahnya nak jadi seorang pendaie..kadang-kadang aku
ada terfikir kenapa aku yang dipilih sedangkan ramai lagi yang mampu untuk
pikul tanggungjawab tu...
namun,dengan berbekalkan iman yang sedikit ini,masih mampu untuk memujuk
diri yang sedang lara dan dirundung kejatuhan yang teramat sangat... hati
berbisik.."sesungguhnya kamu mampu!!!" aku bertanya lagi.. macam mana
'kau' boleh seyakin itu.. 'dia' menjawab,"kerana Allah telah berfirman dia
tidak uji hamba2 Nya melebihi kemampuannya!"..
Ya Allah,
kenapa aku boleh sejahil ini?menafikan sesuatu yang sudah tersurat?
dia berbisik lagi,
kau harus bangkit kerana Allah yakin kau mampu untuk menjadi tenteraNya...
yakinlah bahwa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
Allah tidak sesekali mensia2kan hambaNya..
bahkan Dia telah berfirman bahawa "SESIAPA YANG MEMBANTU
AGAMAKU,NESCAYA AKU AKAN MEMBANTUNYA"
Ya Rabbi,
aku redha Allah tuhanku,Islam agamaku dan Muhammad nabi dan rasulku..
Alhamdulillah.. kini baru aku sedar bahawa bukan mudah untuk menjadi
seorang pendaie..namun aku juga sedar bahawa ganjaran yang bakal diperolehi
juga bukan suatu yang mudah untuk dimiliki oleh insan yang biasa...
cukuplah bagiku hanya Allah..kerana aku tahu bahawa amat sukar untuk
memperolehi keadilan manusia dalam menilai sesuatu perkara yang kita lakukan..
justeru,memadailah keredhaanMu yang kuharapkan...
kau kekalkanlah kesaktian cinta ini untuk terus berjuang
di medan ad-deenMu,
Ya Rabbi,
tunjukkan aku jalan yang lurus,
jalan org2 yg kauberi nikmat,
bukan jalan mereka yg kau murkai,
dan bukan pula jalan mereka yang sesat....
Ku mengharapkan kesaktian cinta Illahi Mu
amin...
ReplyDelete